"STESEN BAS BANDAR BACHOK PERLU DINAIKTARAF SEMULA"
BACHOK,21 Julai 2022 -Stesen Bas Bandar Bachok perlu dinaiktaraf semula bagi memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam dan Ekspress.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China,sudah tiba masanya pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk bangunkan semula Bandar Bachok.Katanya lagi,setakat ini pengguna bas Express hanya menunggu bas di seberang jalan berdekatan dengan Mr DIY Bachok.
Pihak Kerajaan Tempatan,Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu berganding bahu bersama untuk membangunkan semula pembangunan di Bandar Bachok.Bandar Bachok merupakan destinasi pelancongan yang perlu dikomersialkan lagi dengan adanya tempat perkelahan seperti Pantai Irama,Pantai Nipah,Pantai Kubang Golok dan beberapa pantai lagi yang berdekatan dengannya.
Terima kasih Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui SPAD kerana memberi kelulusan untuk Mutiara Rentas Desa membuka laluan untuk singgah di Daerah Bachok.Mutiara Rentas Desa merupakan dibawah Konsortium Mutiara Berhad.
Jom daftar ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
Tekan link dibawah :-
https://tinyurl.com/DaftarAhliPemudaPadangChina
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China boleh hubungi ditalian :
Lukman Hakim : 013-5227411(Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China)
Selepas anda salurkan sumbangan.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Zulkifli Razaki selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China ditalian 011-61613989 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
#PergerakanPemudaUMNOCawanganPadangChina #KeluargaUMNO
No comments:
Post a Comment