Wednesday, July 20, 2022

PPUC PADANG CHINA MENGGESA AGAR LALUAN TERUS KELANTAN-KL-KELANTAN DIWUJUDKAN SEMULA

"PPUC PADANG CHINA MENGGESA  AGAR LALUAN TERUS KELANTAN-KL-KELANTAN DIWUJUDKAN SEMULA"

KELANTAN,20 Julai 2022 - Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China menggesa pihak KTMB mewujudkan semula laluan terus Kelantan-KL-Kelantan.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China berkata,laluan terus bermula KL Sentral ke Tumpat ke KL Sentrala perlu diwujudkan semula bagi merancakkan lagi sektor ekonomi masyarakat setempat.Memetik petikan ucapan YB EXCO Kerjaraya Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan kerugian 6 juta setahun yang ditanggung oleh pihak KTMB dalam sidang Dun Kelantan hari ni.Sudah tiba masanya laluan KL-Kelantan-KL  perlu ada ETS sebelum ECRL siap sepenuhnya.

Pada masa ini,KTMB menyediakan perkhidmatan ETS bermula KL Sentral ke Gemas.Kemudian penumpang perlu menaiki Ekspres Wau daripada Gemas ke Tumpat.Kini pihak KTMB telah mewujudkan DMU yang menghubungkan Tumpat ke Kuala Lipis melalui Dabong.

Harapan agar pihak KTMB dan kerajaan dapat pertimbangkan semula untuk mewujudkan laluan terus antara KL Sentral ke Tumpat Ke KL Sentral bagi merancakkan semula sektor pelancongan dalam negeri.

Jom daftar ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
Tekan link dibawah :-

https://tinyurl.com/DaftarAhliPemudaPadangChina
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China boleh hubungi ditalian :

Lukman Hakim : 013-5227411(Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China)
Selepas anda salurkan sumbangan.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Zulkifli Razaki selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China ditalian 011-61613989 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.

#PergerakanPemudaUMNOCawanganPadangChina #KeluargaUMNO


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1444H/2023 MASIHI

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1444H/2023 MASIHI" Seluruh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China ...