Wednesday, June 22, 2022

KERAJAAN PERLU MENCARI SOLUSI TENTANG PEMASALAHAN INDUSTRI MAKANAN,PERTANIAN DAN PENTERNAKAN NEGARA


"KERAJAAN PERLU MENCARI SOLUSI TENTANG PEMASALAHAN INDUSTRI MAKANAN,PERTANIAN DAN PENTERNAKAN NEGARA"

PADANG CHINA,22 Jun 2022 - Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China menyeru agar pihak kerajaan mencari solusi berkaitan pemasalahan berkaitan Industri makanan,pertanian dan penternakan di Malaysia.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China berkata,kerajaan perlu mengambil serius berkaitan kenaikan harga makanan,pertanian dan penternakan negara yang dipikul bebannya oleh pengguna pada masa kini.Kementerian yang berkaitan perlu mengambil peranan menggerakkan semua agensi yang berkaitan dibawahnya dan perlu menggerakkan kesemua Ahli Lembaga Pengarah GLC dibawah kementerian yang memegang portfolio berkenaan.

Kementerian tersebut juga perlu melakukan kerjasama rentas kementerian demi rakyat.Jangan hanya menjelang PRU-15 baru nak bertemu rakyat.Jangan sampai rakyat jadi cemuh dan muak dengan pemimpin politik di Malaysia.Golongan muda masa kini tengah memerhati gerak rentak kepimpinan terkini.Generasi muda merupakan pelapis kepimpinan negara,malah golongan kepimpinan terkini haruslah tonjolkan kewibaan agar generasi masa kini jadikan sebagai ikon.

Kurangkan berpolitik.Tingkatkan kualiti dekat denyut nadi rakyat.Katanya lagi,kerajaan perlu memberi pendidikan ataupun satu solusi agar setiap agensi di Negeri dan Daerah diperkasakan mendekati masyakarat.Harapan seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China mengharapkan kerajaan mengambil serius perkara yang dibangkitkan oleh rakyat berkaitan kenaikan harga makanan haiwan termasuklah isu ayam yang sedang hangat pada masa kini.Menteri dan Timbalan Menteir yang dilantik diharapkan jalankan tanggungjawab di kerusi empuk untuk bantu YAB Perdana Menteri menjalankan tugas.Membodek tidak ada masalah asalkan tanggungjawab jaga ekonomi rakyat terbelah.Perkasakan ekonomi dahulu agar ekonomi kembali pulih 80%-90% seperti sediakala.

Jom daftar ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
Tekan link dibawah :-

https://tinyurl.com/DaftarAhliPemudaPadangChina
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China untuk memperkasakan lagi program-program dibawah Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China boleh hubungi ditalian :

Lukman Hakim : 013-5227411(Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China)
Selepas anda salurkan sumbangan.Mohon hantar salinan resit kepada Saudara Zulkifli Razaki selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China ditalian 011-61613989 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.

#PergerakanPemudaUMNOCawanganPadangChina #KeluargaUMNO


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1444H/2023 MASIHI

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1444H/2023 MASIHI" Seluruh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China ...